Bubby

Dasar Privasi

Bubby (versi beta) · Dikemas kini 16 Oktober 2026

Bubby ialah aplikasi web untuk ibu bapa mencatat susu, tidur, lampin dan maklumat asas bayi, dan berkongsi catatan itu dengan pasangan. Dasar ini menerangkan data apa yang kami simpan, kenapa, dan apa pilihan kamu. Ia dibuat selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.

1. Siapa kami

Bubby dikendalikan oleh Bubby.my ("kami"). Untuk apa-apa pertanyaan, permintaan atau aduan tentang data kamu, e-mel [email protected].

2. Data yang kami simpan

3. Kenapa kami guna data ini

Hanya untuk menjalankan Bubby: log masuk kamu, menunjukkan catatan bayi kamu kepada kamu dan orang yang kamu jemput, mengira jadual dan menghantar peringatan susu, serta menjaga keselamatan perkhidmatan. Kami tak menjual data kamu dan tak menggunakannya untuk pengiklanan.

4. Siapa boleh melihat data bayi

Hanya pengguna yang mendaftar akaun dan memasukkan kod jemputan bayi itu. Kod jemputan boleh dijana semula oleh pemilik bila-bila masa, dan pemilik boleh mengeluarkan ahli. Pekerja atau pentadbir Bubby tak melihat catatan bayi kamu kecuali kalau perlu untuk membaiki masalah teknikal yang kamu laporkan, atau diwajibkan oleh undang-undang.

5. Pihak ketiga

6. Berapa lama kami simpan

Selagi akaun dan bayi itu wujud. Bila kamu padam bayi, semua catatan, gambar dan audio bayi itu dipadam dengan serta-merta untuk semua ahli. Bila kamu padam akaun, akaun dan data peribadi kamu dipadam; bayi yang dikongsi dipindahkan kepada ibu bapa yang lain, dan bayi tanpa ahli lain dipadam. Salinan sandaran pangkalan data disimpan sehingga 14 hari sebelum dipadam secara automatik.

7. Hak kamu

Kamu boleh mengakses, membetulkan dan memadam data kamu terus dalam aplikasi (Akaun > muat turun data, Profil, padam bayi atau akaun). Kalau kamu perlukan bantuan, atau mahu menarik balik persetujuan atau membuat aduan, hubungi kami di alamat di atas. Menarik balik persetujuan bermakna akaun tak boleh diteruskan.

8. Keselamatan

Sambungan disulitkan (HTTPS), kata laluan dicincang dengan algoritma moden, sesi guna kuki selamat, dan setiap bayi diasingkan supaya pengguna lain tak boleh membukanya. Tiada sistem yang selamat sepenuhnya. Kalau berlaku kebocoran data yang boleh menjejaskan kamu, kami akan memaklumkan kamu dan pihak berkuasa mengikut undang-undang.

9. Kuki

Kami hanya guna satu kuki yang perlu untuk kekal log masuk. Tiada kuki penjejakan.

10. Kanak-kanak

Bubby untuk ibu bapa dan penjaga berumur 18 tahun ke atas. Data bayi dimasukkan oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.

11. Perubahan

Kalau dasar ini berubah dengan ketara, kami akan memberitahu dalam aplikasi sebelum ia berkuat kuasa. Versi terkini sentiasa di halaman ini.